Powered by Blogger.
RSS
http://warnawarnikuihraya.blogspot.com KAMI MENERIMA PELBAGAI TEMPAHAN BISKUT RAYA SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN MENYEDIAKAN PELBAGAI RESEPI JUADAH HARI RAYA. SELAMAT MENCUBA RESEPI KAMI N BUAT TEMPAHAN SEKARANG..!!!

kuih raye....





Aslkm.....ari nie kteowang m'ydiakan lg
bskut rye.....
Biskut Almond London
50 biji RM 25


Biskut Kurma
50 biji RM 18

Biskut Dam
50 biji RM 18

Biskut Oat
50 biji RM 18


Biskut Arab
50 biji RM 18

Biskut Corn Flakes
50 biji RM 18

Biskut Kacang
50 biji RM 15

Biskut Mama Carrie Pink
50 biji RM 19

Biskut Sarang Semut
50 biji RM 18

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Juadah Hari Raya


Nasi Kari Berdaging



Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar

Cara-cara

  • tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  • Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  • masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  • tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk special lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng


Nasi Aswan, Ayam goreng Berempah Serai
&
 Kerabu taugeh Bonda



Nasi Aswan
Bahan-bahan
  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • 5 biji bawang besar - potong dadu
  • 8 ulas bwg putih - dicincang
  • 2 jari halia muda - dihiris
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 cm kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 cawan minyak conola -
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 caw daun pudina
  • garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng
  • 1/2 caw gajus goreng
Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. ( letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak.
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

Ayam Goreng berempah serai
Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.


Kerabu Taugeh Bonda
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS